Resepi Kek Carrot Sukatan Cawan Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi kek carrot disaluti cheese leleh, boleh dikukus atau dibakar, jom cuba

Cara Buat Kek Carrot Bakar

Cara Buat Kek Carrot Bakar

Kek Carrot Cheese ini adalah kek yang berbulu dan amat lembap. Ia dilapisi dengan krim dan berperisa lemon. Kek ini diliputi dengan frosting krim keju dan kacang di atasnya untuk menambah sediki kerangupan.

Mari belajar bahan dan cara untuk membuat carrot cheese cake ini.

Bahan utk kek:

– 250g butter jenama anchor, tatura@ scs (salted)
– 1 cawan brown sugar
– 1/2 cawan castor sugar
– 3 butir telur ayam gred A
– 1 sudu teh esen creamy vanilla
– 2 1/2 cawan tepung self raising
– 5 sudu besar susu cair @ susu penuh krim
– 3 sudu besar rempah kek (ada dijual di kedai bahan kek)
– 1 cawan carrot yg di sagat halus
– 1/2 cawan nanas dalam tin yg dipotong kecil kecil
– 1/2 cawan kacang walnut
– Sedikit kismis hitam (dalam anggaran suku cawan, jgn banyak sangat)

Cara-Cara:

– Putar butter dgn brown sugar & castos sugar, agak dh sebati, masukkan telur butir demi butir. Putar sampai kembang & masukkan esen creamy vanilla. Putar sebati.
– Masukkan tepung, rempah kek & susu cair. Putar mesra.
– Masukkan carrot, nanas dlm tin, kacang walnut & kismis hitam. Yg ni cuma kaup balik guna spatula ya. Masukkan dlm loyang favourite anda
– Panaskan oven dlm 10 minit, baru masukkan kek ya. Bakar dalam oven pada suhu 165 c selama 30 minit. (Depend pada oven masing-masing).

Bahan Untuk Topping Cheese:

– 250g tatura cream cheese
– 1 cawan whipping cream (vivo, anchor @ value pride)
– 3 sudu besar susu pekat
– 2 sudu besar susu cair.
– Keju cheddar jenama bega utk parut atas kek

Cara-Caranya :
– Putar semua bahan di atas sampai kembang ya. If pekat sangat, boleh tambah susu cair sikit. (Nak leleh, tambah susu cair tu byk sikit ikut tekak masing-masing).
– Tuang topping atas kek dan parut cheese cheddar. Boleh juga tambah almond flakes yg di panggang kejab dlm oven if tak minat letak cheese parut.

– Siap boleh ngapp . Sila share resepi dan buat utk yg tersayang

Rujukan Resipi : 

– Amira Nadia

Share² lah yerr..