Resepi Kek Buah Sukatan Cawan Gebu Gebas

Cantik warna-warni pelbagai buah di atas kek buah ini. Mari kita cuba buat kek buah yang mudah dengan mengikuti resepi ini

Cara Buat Kek Buah Bakar

Cara Buat Kek Buah Bakar

Selalunya orang akan buat kuih raya pada musim raya, tapi apa kata kita cuba buatkek buah pula. Ada kelainan sedikit. Kek ini boleh dibakar atau dikukus. Untuk resepi ini, kita akan membuatnya secara membakar.

Mari cuba buat kek buah mudah ini.

Bahan A :

– 500g buah campuran
– 250g pure butter (anchor/tatura/scs)
– 1/2 cawan gula perang (ikut tekak masing2 kalau nak manis tambah 2/3 camca sudu lagi
– 1sdk caramel essence (optional) 
– 1sdk mix fruit esen (optional) 
– 1sdk vanilla esen
– 1 cwn fresh milk

Bahan B :

– 3 biji telur gred A
– 1sdk baking powder
– 1sdk.baking soda

– 2 cawan tepung gandum
– 100g badam utk hiasan 
– 2-3 biji ceri hijau, merah

Cara-Cara

– Masakkan gula perang dengan dua camca susu segar. masak sampai gula cair dan warna perang. Guna api perlahan jangan sampai hangit.

– Masukkan susu segar yang selebihnya dan butter sehingga mendidih sedikit dan masukkan mix fruit tengok buah dah kembang tutup api. Biarkan sejuk

– Masukkan esen vanila,esen mix fruit dan caramel esen.

– Dalam bekas campur semua bahan B dan pukul hingga sebati

– Campur Bahan A dengan bahan B dan masukkan tepung gandum guna kaedah kaup balik. Taburkan badam, sedikit mix fruit, ceri hijau dan merah

– Bakar adunan dalm bekas 4 segi 7x7inc dengan kepanasan 160℃ ikut oven masing2. Bakar selama 40 – 50 minit kalau cucuk dengan lidi tgk dah bersih.

– Siap di hidang 🙂

Rujukan Resipi : 

– Syud Yuha