Resepi Ikan Tongkol Masak Sambal

Ini adalah cara serta resepi untuk membuat ikan tongkol masak sambar pedas dan sedap. nak cuba boleh ikuti langkah dibawah

Cara Buat Ikan Tongkol Masak Sambal

Cara Buat Ikan Tongkol Masak Sambal

Jika anda sedang mencari sesuatu untuk menambah kepedasan dalam hidangan anda, anda bolehlah cuba resepi sambal ikan tongkol ini. Amat sedap dimakan dengan nasi ataupun cicah ketupat. 

Nak rasa versi tak berapa pedas boleh cuba gulai ikan tongkol ini

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti untuk memasak resepi ini.

Bahan-Bahan:

– Ikan tongkol hitam(dipotong keping dan dicuci bersih)
– Bawang kecil*
– Bawang putih*
– Cili besar merah, cili padi hijau & merah*
– Asam keping
–  Garam & Gula
– Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk kasar

Cara-Cara:

– Ikan direbus dengan asam keping & garam dalam anggaran 10-15min
– Toskan ikan tersebut 
– Panaskan minyak
– Gaulkan dengan serbuk kunyit & sedikit garam
– Goreng ikan tersebut separuh masak(kalau nk garing pun boleh ikut citarasa masing2)
– Tinggalkn sedikit baki minyak goreng ikan (anggaran cukup untuk tumis sambal)
– Masukkn bahan-bahan yang ditumbuk kasar tadi dan tumis sehingga pecah minyak
–  Masukkn asam keping,garam & gula(perasakn mengikut citarasa masing2)
– Gaul bagi sebati dan tutup api
– Masukkn ikan yg telah digoreng tadi dan gaul bagi sebati dgn sambal

SELAMAT MENCUBA YA

Rujukan :

Rrose Rapii

Share² lah yerr..

Leave a Comment