Resepi Gulai Ikan Bawal Simple Dan Sedap Dihidangkan

Ada peminat ikan bawal, jom try buat gulai ikan bawal seperti resepi dan cara yang ditunjukkan dibawah ini. pasti sedap

Cara Buat Gulai Ikan Bawal

Cara Buat Gulai Ikan Bawal

Mari cuba masak gulai ikan bawal. Gulai ikan ini sesuai dibuat makan dengan nasi untuk pelbagai waktu. Dari sarapan pagi hingga ke makan malam. Kuah gulai yang menemani ikan ini pasti dapat memuaskan selera anda.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat masakan ini. 

Bahan wajib untuk tumis. 

Bahan Hirisan

– Bawang merah

– Bawang putih

– Sebelah tomato

– Tumis sampai wangi bersama daun kari dan halba campur

Bahan kisar

– Dua biji bawang besar size sederhana

– 4 ulas bawang putih

– Halba campur

– Rempah kari (Branda apa pun boleh)

Cara-Caranya :

– Tumis sampai wangi bahan tumis tadi dan masukkan rempah yg dikisar tadi dengan halba campur lagi secubit. Masak sampai pecah minyak.

*wajib pecah minyak kalau tak nanti rempah tak masak

– Dah pecah minyak masukkan santan

– Dah masukkan santan. Boleh masukkan sesudu besar asam jawa. 

* petua tok jgn masuk asam jawa awal nanti rempah susah nak pecah minyak

– Dah mengelegak boleh masukkan ikan, garam dan sedikit gula, Boleh rampai dengan bendi, tomato dan terung

– Siap Gulai Ikan Bawal 

Rujukan :

– Pretty Hijabers

Leave a Comment