Resepi Hokkaido Cheese Tart Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi hokkaido cheese tart, tidak mengikut sukatan cawan, nak cubat buat sendiri boleh tengok stepnya di bawah

Cara Buat Hokkaido Cheese Tart

Cara Buat Hokkaido Cheese Tart

Kebelakangan ini, pastri Cheese Tart Hokkaido ini telah menjadi amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana, pastri ini mempunyai rasa yang unik dan sedap dinikmati dengan seisi keluarga. Ada juga yang meminati Portugese Egg Tart dan Bluebery Cheese Tart, versinya pun lebih kurang sama

Jika anda teringin mencuba tetapi tidak dapat mencari kedai terdekat yang menjual cheese tart ini, bolehlah belajar membuatnya dengan sendiri. 

Mari lihat cara-cara yang boleh diikuti untuk memasak Cheese Tart ini.

Bahan Kulit Tart:

– 100gm Butter

– 300gm Gula Kaster

– 150gm Tepung Gandum

– 1/2 Kuning Telur atau 1 biji kunin telur

Cara-Cara:

– Kacau butter, gula dengan sudip kayu

– Masukkan kuning telur dan kacau hingga sebati

– Masukkan tepung, uli menjadi doh lembut

– Bentukkan dalam acuan tart

– Bakar pada suhu 170C selama 25 atau 30 minit

– Sejukkan

Bahan Filling Keju:

– 250gm cream cheese

– 5 keping slice cheese

– 1 sudu esen vanilla 

– 120gm whipping cream

– 60gm gula kaster

– 1 biju putih telur

Cara-Cara:

– Satukkan keju, butter, whipped cream, gula ke dalam periuk. Kacau atas api kecil hingga licin tidak berketul.

– Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanilla

– Masak semula di atas api kecil hingga meletup dan pekat

– Tuang adunan keju dalam bekas 

– Simpan dalam chiller (2-3 jam)

– Masukkan dalam kulit tart

– Sapu kuning telur dan bakar sampai permukaan nampak sedikit terbakar. 

Rujukan Resipi :

[1]  Nursabiha Razak