Resepi Frambozen Kenari Creamy Paling Sedap

Bagi anda yang nak cuba buat biskut frambozen kenari boleh cuba ikut cara dan resepi ini, step by step ditunjukkan sekali

Cara Buat Biskut Frambozen Kenari

Cara Buat Biskut Frambozen Kenari
Foto BY : ‎Kay Hamidah Jamil‎

Tiada siapa yang tahu sebab apa kuih ini dipanggil Frambozen Kenari. Asalnya juga tidak diketahui. Yang pasti kami hanya ada resepinya sahaja. Ini membolehkan anda cuba buat kuih ini di rumah.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Frambozen Kenari.

Bahan-Bahan:

• 2 biji kuning telur
• 2 cwn tpng gandum
• 3/4 cwn butter
• 1/2 cwn gula halus
• Sedikit garam
• Esen vanilla

Bahan Topping:
• 3 biji putih telur
• 2 sb tepung jagung
• 1/3 cwn gula icing

• Jem strawberry/ blueberry / raspberry
• Badam untuk hiasan.

Cara-Cara:
• Satukan gula,esen vanilla, kuning telur, garam, dan butter.

• Masukkan tepung dan uli hingga jd doh.kalau rasa lembik tambah 1-2 sb tepung.

• Canai nipis, atau tekan dalam dulang, cucuk guna garfu.

• Bakar suhu 160 selama 20 minit.

• Keluarkan, sejukkan.

• Sementara tunggu biskut sejuk.

• Pukul putih telur guna mixer hingga berbuih,pastu masukkan gula,pukul lagi dan last masukkan tepung jagung.

• Pukul sampai jadi krim yg kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak jatuh…

• Biskut dah sejuk, sapu jem, and then sapu rata krim topping tadi

• Tabur badam.

• Bakar lagi 20 minit dengan suhu sama bakar biskut tadi.

• Lepas 20 minit turunkan ke suhu 100° dan biarkan selama 1 jam.

• Keluarkan, potong masa panas-panas

Rujukan Resipi :

– Seri Telekung

Leave a Reply