Resepi Famous Amos Cookies Mudah Sukatan Cawan

Suka makan biskut cookies manis? Mahu taburkan coklat cips yang banyak atas cookie anda? Anda bolehlah buat begitu dengan mengikuti resepi Amos Cookies ini.

Cara Membuat Biskut Famous Amos

Cara Membuat Biskut Famous Amos

Selalunya, jika anda teringin memakan cookie, anda terpaksa keluar dan belikan Amos Cookie ini. Sekarang, dengan mengikuti resepi Amos Cookie ini, anda juga boleh cuba membuat biskut ini. Anda hanya perlu menyediakan bahan-bahan dan mengikuti cara-cara di dalam resepi.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat resepi Amos Cookie  ini.

Bahan 1

– 1 biji telur 
– 1/2 cawan butter/ mentega (75gm~)
– 1/2 sb susu segar – susu tepung
– 1/2 cawan gula perang
– 1/2 cawan minyak jagung
– 1/2 sk extract vanilla
– 1/4 cawan gula kaster
– Sedikit garam

Bahan 2
– 1 sb tepung jagung – diayak
– 2 cawan tepung gandum – di ayak
– 1 sb serbuk koko – diayak
– 1 cawan semi sweet chocolate chips
– 1/2 sk soda bikarbonat
– 1/2 sk cream of tartar nona atau boleh juga 1/2 sk jus lemon
– 1/2 cawan walnut cincang 

Cara-Cara:

1. Siapkan mangkuk besar dan campurkan semua bahan 1 dan gaul rata hingga sebati menggunakan whisk.

2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, soda bikarbonat, tepung jagung, dan serbuk cream of tartar dan masukan tepung kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit.

3. Kacau adunan yang sudah dicampur tadi boleh menggunakan spatula hingga rata kemudian masukan chocolate chips dan walnut dan kacau lagi hingga adunan agak lembik.

4. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan menggunakan tangan atau boleh juga sudukan kemudian taruh diatas loyang. sesuaikan jarak setiap adunan diatas loyang kerana nanti biksut akan mengembang.

5. Akhir sekali, bakar loyang kedalam oven bersuhu 160’C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak. dan bila sudah masak angkat dan sejukan biskut. bila sudah sejuk biskut siap dihidangkan.

Tambahan : Agar boleh mendapatkan biskut yang tidak terlalu rapuh tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan. Sila share jika bermanfaat

Rujukan Resipi :

– Norliza Abd Talib