Resepi Sambal Limau Kasturi Tahan Lama

Ini adalah cara dan resepi sambal belacan limau kasturi dibuat dengan dalam lesung batu.

Resipi sambal belacan limau kasturi

Resipi sambal belacan limau kasturi

Kalau anda kurang gemab sambal belacan yang jenis goreng ataupun ala thai, anda boleh cuba sambal belacan versi pekat dan boleh dicicah bersama ayam bakaratau ikan bakar ini.

Boleh tahan agak lama dari sambal2 belacan yang lain.

Mari lihat apa yang diperlukan untuk membuat sambal tumbuk pedas:

Bahan-Bahan:

– 1 biji bawang besar dipotong 
– Satu genggam ikan bilis dikopek
– Belacan 
– 11 cili padi merah
– 13 cili padi hijau
– 2 biji limau kasturi
– Secubit Garam dan Gula

Cara-Cara:

– Goreng bawang besar, ikan bilis, cili padi dan belacan sekali gus sehingga naik bau dan menjadi garing.

– Sejukkan bahan-bahan yang digoreng .

– Kemudian tumbuk sehingga separuh lumat.

– Masukkan air limau kasturi, garam dan gula

– Pandai-pandai agak masin dan manisnya sesedap rasa

– Sambal ini boleh tahan sebulan tapi perlu disimpan dalam peti sejuk

Rujukan :

– Zaira Zairana

Share² lah yerr..

Leave a Comment