Resepi Agar Agar Gula Merah Sukatan Cawan Sedap

Pencuci mulut agar-agar gula merah, jom try buat dengan cara dan resepi yang diberikan ini

Cara Buat Agar-Agar Gula Merah

Cara Buat Agar-Agar Gula Merah

Agar-agar adalah kuih berupa gel yang diperbuat dari lumut laut, ia didatangi dengan pelbagai perisa dan berwarna-warni berdasarkan apa yang dibubuh. Pada kali ini, daripada membuat agar-agar biasa, resepi ini akan menunjukkan bagaimana untuk membuat kuih agar-agar gula merah.

Mari lihat bahan dan cara yang perlu diikuti. 

BAHAN: 
– 18gm Agar-agar tali (gune je sepeket tu, kalau gune serbuk saya agak tak pasti sbb tak pernah cuba)
– 1250ml air 
– 1sudu Esen vanilla
– 1biji telur 
– 2sudu gula putih(boleh kurangkan jadi 1 sudu jika x nak manis)
– 1kotak santan 
– 1cwn gula merah (kire bleh dpt 1/2 mngkuk putih ikea tu)

Cara: 
– Didihkan air, masukkan agar2 tali

– Biar dia hancur dalam tu. Seterusnya masukkan gula merah, gula putih, esen vanilla ,masak sehingga mendidih. 

– Dalam bekas lain satukan santan dan telur, kacau2 lepas tu tuang dalam periuk , masak dia dlm 5mnit dgn api perlahan

– Lepas itu kuatkan api sehingga dia naik buih dan terus tutup api tuang dlm loyang. Sejukkan dan boleh dipotong

Rujukan :

– Hazwani Abd Razak

Share² lah yerr..

Leave a Comment