Resepi Zucchini Chocolate Chip Banana Bread

Jom try buat zucchini @ zukini versi coklat chip dan roti pisang dengan mengikuti cara dan resepi ini.

Cara Buat Zucchini Banana Bread

Cara Buat Zucchini Banana Bread

Kek pisang zuchini ini amat sesuai sekali untuk dibuat sebagai pencuci mulut atau dimakan sewaktu minum petang. Ditambahi dengan cip coklat, kek pisang ini sudah tentu akan menjadi kesukaan kepada kanak-kanak. Anda juga boleh membuatnya jika anda mengikuti resepi ini dengan teliti.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Chocolate Chip Zuccini Banana Bread.

Prep Time : 10 mins
Cook Time : 55 mins
Serves : 1 Loaf

Bahan-Bahannya:

– 1 ½ cawan tepung gandum
– 1 sudu teh baking soda
– ½ sudu teh baking powder
– 1 ¼ sudu teh cream of tartar
– ½ sudu teh garam
– ½ cawan minyak kelapa (saya guna Cosway, tapi minyak masak biasa pun ok)
– ½ cawan gula (jika guna pisang emas agak manis boleh masukkan sikit-sikit sehingga sesuai selera)
– Sebiji telur (pukul sedikit)
– 1 cawan pisang emas/ berangan
– 1 cawan zucchini (saya guna food processor untuk konsistensi seperti applesauce)
– 1 ½ cawan chocolate chips

Cara-Caranya:

– Panaskan ketuhar 160 darjah Celcius dan sediakan dulung roti (saiz satu roti) – sapukan mentega di sekeliling dan lapiskan dengan tepung sehingga rata.

– Campurkan tepung gandum, baking soda, baking powder, cream of tartar dan garam di dalam sebuah mangkuk.

– Di dalam mangkuk sederhana yang lain, masukkan minyak kelapa dan gula, gaul rata. Tambahkan telur yang telah dikocak tadi dan adun rata. Masukkan zucchini dan putar pada kelajuan sederhana (saya guna hand mixer) sehingga semua bahan diadun sebati.

– Mulakan dengan tepung dan selang selikan dengan pisang, gaulkan semua bahan dengan kelajuan sederhana. Pastikan tepung dimasukkan terakhir.

– Gaulkan chocolate chips dengan tepung dan kaup balik ke dalam adunan tadi. Tuang di dalam loyang yang telah disediakan tadi.

– Bakar di dalam oven pada suhu 160 darjah Celcius . Periksa dalam kek dengan menggunakan pencungkil gigi. Roti yang telah masak akan menunjukkan pencungkil gigi yang bersih bila dicucuk.

– Masa mungkin perlu disuaikan bergantung kepada ketuhar masing-masing.

P/S: Sedapnya makan panas-panas sebab coklat chip masih cair. Cuma berhati-hati dengan jumlah pisang jika tidak mahu terlalu manis. Pisang emas ini manis sangat.

Rujukan Resipi :

– Yanz Riza

Leave a Comment