Resepi Yong Taufu Sup Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat yong tau fu sup, simple dan pastinya sedap jika anda buat sendiri dengan ikuti langkah dibawah

Cara Buat Yong Taufu Sup

Cara Buat Yong Taufu Sup

Yong Tau Fu adalah sejenis makan tradisional yang berasal dari China. Ia boleh dimakan dengan pelbagai cara. Cara yang akan ditunjuk mengikut resepi ini adalah Yong Tau Fu sup. Secara mudahnya, yong tau fu akan direndami dalam sup buatan. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Yong Taufu Sup.

Resepi sup yong tau fu

Bahan-Bahan:

– 3 liter air
– 2 cawan ikan bilis yang telah dibasuh dan ditoskan
– 1 sudu besar lada sulah
– 2 biji bawang besar (dihiris)
– 5 ulas bawang putih (diketuk)
– 1 inci halia (diketuk)
– 2 ketul kiub ayam
– 1 sudu besar gula
–  Garam secukup rasa
– 1 sudu besar minyak masak

Cara masak :

– Layu bawang dan ikan bilis. 

– Didihkan air dan masukkan ikan bilis dan juga semua bahan bahan tadi.

–  Simmer/ reneh sup ini selama 1 jam. 

– Selepas 1 jam tapis airnya sedia sup yong tau fu yang lazat ala Singapura. 

– Hidangkan dengan bebola ikan, pucuk goreng, dan lain lain bahan yang anda sukai

– Kalau nak lagi senang dan mudah guna kiub ikan bilis

Resipi cili yong tau fu

Bahan-Bahan:

– 3 ulas bawang putih dikopek kulit
– 2 cili merah (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
– 1/2 cawan gula pasir
– 3/4 cawan air
– 1/4 cawan cuka 
– 1/2 sudu besar tbsp garam
– 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air

Cara masak :

– Kisar semua bahan bahan diatas kecuali tepung jagung.
– masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana
– Bila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan likat/ pekat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.
– Biarkan sos sejuk dan masuk dlm botol kedap udara.
– Simpan dlm peti sejuk.

Rujukan Resipi :

– Roskaryati Abu Bakar

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of