Resepi Yee Mee Sizzling Paling Sedap Dan Padu Untuk Dirasa

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat yee mee sizzling, ada juga versi kantonis atau pun sup sebenarnya, jom try buat sendiri dengan langkah dibawah

Cara Buat Yee Mee Sizzling

Cara Buat Yee Mee Sizzling

Yee Mee Sizzling ini adalah masakan mee leper yang berasal dari China. Ia adalah masakan yang diisi cendawan, ayam dan sayur sekali mee. Biasanya ia akan dihidang sekali dengan piring besi panas. Mari cuba membuatnya tanpa piring besi. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan:

– 6 ulas bawang putih

– Halia 2 inci

– 7/8 cili kering (Potong dua)

– Ayam (setengah ekor) (peha dan thigh)

– 3 cawan air

– Kicap

– Sos Tiram

– Lada hitam kisar

– Kiub ayam Maggi.

– Garam dan ajinomoto.

– Cendawan Shiitake (Rendamkan dalam air panas)

– Tepung Jagung

– Sayur Sawi

– Telur

Cara-Cara:

– Tumis sekaligus bawang putih 6 ulas, halia 2 inci ketuk sedikit dan cili kering yang dah di potong dua dlm 7 or 8 tangkai.

– Masukkan setengah ekor ayam yang sudah dipotong kecil. 

– Goreng sampai separuh masak 

– Masukkan 3 cawan air atau lebih, kicap pekat 3 sudu, sos tiram 4 sudu, kicap kipas udang 3 sudu,1 sudu lada hitam kisar, seketul kiub ayam maggi, garam dan Ajinomoto secukup rasa dan biar sampai mendidih.

– Apabila ayam dah masak, masukkan cendawan shitake kering dan masukkan air rendaman cendawan dalam setengah cawan

–  Masukkan bancuhan tepung jagung 2 sudu dan gaul biar rata. 

–  Celup sayur sawi kalau nak letak sayur.

– Yee mee tu celup sampai dia lembut kemudian ketepikan.

– Untuk telur pula. Jika nak sedap, buat cara poached eggs

– Ataupun goreng sahaja telur mata tapi jangan garing.

Rujukan :

– Faten Fatihah

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of