Resepi Wantan Mee Kicap Paling Sedap

Kali ini kita akan cuba masak wantan mee kicap dengan mengikuti resepi yang dikongsikan di bawah, ala-ala cina nice look dan memang sedap

Cara Buat Wantan Mee Kicap Padu Beb!

Cara Buat Wantan Mee Kicap Padu Beb!

Wantan ini biasanya dibungkus dalam balutan tepung dan direbus, seperti wantan sup .Kali ini, resepi ini akan mengajar bagaimana untuk memasak wantan sekali dengan mee kicap. Sesuai untuk makan tengahari dan makan malam.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Wantan Mee Kicap.

Resepi untuk sos :

Bahan-Bahan:

  1. – Kicap pekat
  2. – Sos tiram masak dengan kicap cair,
  3. – Minyak dan bawang putih goreng
  4. – Minyak bijan. (Bubuh semua ini dalam piring – bubuh sedikit saja) sebelum rebus mee.

Cara-cara Rebus Wantan Mee (Penting)

  1. –  Longgarkan mee
  2. – Masukkan dalam air yang didih dan kacau
  3. – Bilas mee dengan air
  4. – Masukkan semula mee ke dalam air rebus mee tadi, kacau sekejap, toskan airnya dan letak dalam piring yang mengadungi kicap campuran tadi.
  5. – Gaul rata, taburkan daging ayam cincang yang telah digoreng. sebelum dihidangkan letak sedikit serbuk lada sulah
  6. SIAP.

Masak daging ayam dan sos tiram dan kicap cair dulu sebelum memulakan kerja-kerja rebus mee.

Resepi untuk goreng daging ayam cincang :

  1. – Tumis bawang putih dan bawang putih sehingga kuning-kekuningan
  2. – Masukkan daging ayam yang telah dicincang, bubuh sedikit sos tiram, 2 titik kicap pekat dan sedikit gula, gaul rata dan goreng sehingga daging ayam masak.

– SIAP!

– Daging ayam cincang yang telah siap dimasak, campur sekali dengan wantan mee semasa makan.

– Cili yang paling perfect untuk makan bersama dengan wantan mee adalah cili besar hijau yang telah diperap dengan cuka (cili jerok).

Rujukan Resipi :

– Grace Chang

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of