Resepi Dim Sum Bersama Wantan Mudah & Sedap

Ini adalah cara dan resepi dim sum bersama wantan, jika anda nak cuba boleh cuba ikut langkah-langkah dibawah.

Cara Buat Dim Sum & Wantan

Cara Buat Dim Sum & Wantan

Cara membuat dim sum dan wantan ini mungkin nampak susah bagi sesetengah orang. Namun, jika anda mengikuti resepi ini dengan teliti, tidak mustahil anda dapat membuat dim sum dan wantan dengan berjaya. Mari cuba buat masakan dim sum dan wantan ini.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat masakan ini.

Bahan-Bahan untuk Kulit Dim Sum & Wantan

– 1 cawan tepung gandum

– 1/2cwn tepung jagung

– 1/2cwn air panas…

Cara-Cara:

– Campurkan tepung gandum & jagung

– Masukkan air panas kemudian gaul sampai menjadi doh dan tidak melekat di tangan.

– Selepas diuli perlu mencanaikan doh sehingga leper. Jangan tebal sangat & jangan nipis sangat.

Bahan Untuk Isian 

– Ayam

– Telur

– Carrot

– Daun sup

– Garam secukup rasa

– Kalau ada cendawan boleh masukkan sekali lagi sedap

Cara-Cara:

– Gaul semua bahan di atas kemudian masukkan bawang putih, bawang merah & garam secukup rasa.

– Siap sahaja gaulan, masukkan dalam peti sejuk sementara nak buat kuah.

Bahan Untuk Buat Kuah:

– 1/2cwn air

– Kicap manis

– Cili sos

– Tomato sos 

– Sos tiram

– 1/2sudu cuka mkn

– Gula & garam

– Air perahan limau

Cara-Cara:

– Bentukkan kulit mengikut kreativiti anda. Kemudian kukus.

– Masukkan air disusuli semua bahan di atas, kacau sampai sebati.

– Masukkan gula & garam secukup rasa disusuli air perahan limau.

–  Kalau nak pekatkan, bancuh 1 sudu tepung jagung dan masuk dalam sos. Kacau sampai mendidih.

– Tutup Api.

Rujukan :

– Leeya Leana

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of