Resepi Wajik Tradisional Sukatan Cawan (Pulut)

Ini adalah cara dan resepi untuk membaut wajik pulut tradisional, nak try buat sendiri boleh lah ikuti langkah di bawah

Cara Buat Wajik

Cara Buat Wajik

Wajik atau wajid adalah kuih tradisional yang diperbuat dari pulut kukus dan dimasak lagi dengan gula kelapa, susu kelapa dan daun pandan. 

Kek beras manis ini biasanya akan dijumpai di serata Malaysia, Indonesia dan Brunei. Anda boleh cuba buat wajid ini dan nikmatinya pada waktu sarapan ataupun minum petang.

Kalau hari raya kuih ni memang popular siap ada lagu “wajik dan dodol jangan lupakan, peninggalan nenek zaman berzaman” 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat wajik.

BAHAN – BAHAN:

– 1 kg beras pulut 
– 1 kg gula merah
– 2 cawan gula putih
– Santan secukup lemak 
– (selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit) 
– Daun pandan

Cara-Cara:

– Beras pulut direndam 4-5jam

– Dan kukus seperti biasa kemudian sejukkan

– Masak gula merah dan tapis dahulu

– Kemudian masukkan gula putih

– Masukkan santan & daun pandan

– Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi

– Kemudian kacau lagi sehingga agak-agak pekat likat 

– Jangan terlalu pekat atau terlalu lembik

– Tutup api dan masukkan dalam bekas

– Siap!☺️☺️

P/S : Kalau korang malas nak buat, cadangan admin beli dengan tuan empunya resepi ni “Fyza Eky” dia ada jual wajik. 

Rujukan Resipi :

– Fyza Eky

Leave a Comment