Resepi Victoria Sandwich Cake

Anda mahu cuba belajar membuat kek yang sedap? Sudah bosan dengan kek biasa-biasa? Cubalah buat kek dengan mengikuti resepi yang dikongsi Quratul Ai ini.

Jika anda akan mengadakan suatu majlis hari jadi dan mahu cuba sesuatu yang khas untuk majlis itu, anda boleh cuba membuat kek hari jadi dengan sendiri. Anda boleh menggunakan resepi Victoria Sandwich kek ini untuk membuatnya. 

Pihak Viramon ingin kongsikan resepi Victoria Sandwich Cake ini kepada anda.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Victoria Sandwich Cake

Bahan-Bahan dan Cara-Cara:

250g butter.
250g gula.
250g telur (5 biji).
Esen vanilla.
250g tepung naik sendiri – ayak.
Pukul butter dengan gula sampai betul-betul gebu .
Pecah telur dan timbang dahulu.
Masukkan telur satu demi satu dan esen.
Kaup balikkan tepung – masuk sikit-sikit.
Masukkan dalam 2 loyang 8 inci. 
Hentakkan dua tiga kali bagi hilang ruang udara dan adunan rata dalam loyang
Bakar sehingga masak suhu 160c
Dalam 30 minit, cucuk dengan lidi, kalau lidi dikeluarkn dan ianya bersih maka masaklah kek itu.
Lapiskan dengan jem..guna jem respberi sbb manis masam.

Cheese leleh :
250 tartura cream cheese
Full milk 
Susu pekat manis
Esen vanila 1 sudu kecil

Rujukan Resipi :

– Quratul Ai

Share² lah yerr..

Leave a Comment