Resepi Vadai Gebu Rangup & Lembut Untuk Dimakan

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat vadai kacang ulundu, nak try boleh ikuti langkah yang ditujukkan dibawah.

Cara Buat Vadai Gebu

Cara Buat Vadai Gebu

Ulunthu ni sejenis kacang dhal yg dibuat vadai ni ada juga menggunakannya. Untuk buat idli/tosai satu lagi makanan orang india.  Ulunthu vadai ni juga dipanggil mendu vadai (vadai lembut).

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Vadai.

Bahan-Bahan:

– Kacang ulundu putih/urad dhal – 500 gm, rendam 3 jam
– Bawang merah – 3 (dipotong/dicincang halus)
– Cili hijau – 5 (dipotong halus/dicincang)
– Daun kari – 3 urai (dicincang halus)
– Garam – 2 sudo besar/secukup rasa
– Gula – 2 sudu besar
– Minyak secukup nye untuk mengoreng

Cara-Cara:

– Part nak kisar kacang ni ada payah sikit kena selalu guna sudu tuk betulkan kedudukkan dalam blender tu. So not to worry laa sbabnya kalau dah rasa tak bole gerak sangat tu kira ada sikit tak hancur tu takpe tu biasa jerr. 

–  So just blender sikit2 laa. then jgn terus on tanpa stop. U just need to on off few time so that kacang dhal ni bole bergerak rata sikit. Air kena di masukkan sedikit . 

– Kita perlukan urad dhal ni pekat sepekat mungkin. 

– Setelah ulundu dikisar pekat, campurkan semua bahan – bahan lain. Gaul rata. 

– Panaskan minyak.

– Sediakan 5 – 6 helai plastik dan sapukan sedikit minyak diatasnya.

– Hanya mengunakan hujung jari ceduk adunan seperti terbentuk bebola dan letak diatas plastik.

– Tak perlu tekan adunan ni, just biar dia membulat dan buat lubang ditengahnya.

– Panaskan minyak yang banyak dan masukkan adunan yang diatas plastik tadi.

– Adunan boleh bergerak licin dari plastik terus ke kuali. Agak sukar sedikit so hati- hati ketika masukkanny kerana ia lembut.

– Adunan yang terbentuk diatas plastik tasi diterbalikkkan di atas tapak tangan dan dimasukkan ke dalam kuali.

– Goreng hingga kekuningan, adunan ni bila dimasukkan ke dalam minyak akan naik dan texturenye mampat.

– Lekatkan atas tisu supaya minyak nye ditapis.

Tips
– Setelah blend dhall, ia perlu digoreng dengan cepat supaya tidak berminyak sangat.

– Semasa minyak dipanaskan, masukkan 2 ulas bawang putih dengan kulit dan gorengkan nye sampai garing supaya minyak bau harum dan ia jugak satu cara kita boleh pastikan minyak dah panas.

– Urad dhal vadai sedia untuk dimakan.

Rujukan Resipi :

– Gaithri Cheran

Leave a Reply