Resepi Udang Masak Lemak Kuning (Udang Galah)

Nak masak undang masak lemak kuning piauw sedap, boleh cuba resepi dan cara yang diberikan dibawah, simple dan mudah saja untuk dibuat.

Cara Buat Udang Galah Masah Lemak

Cara Buat Udang Galah Masah Lemak

Udang galah masak lemak nenas dan udang galah goreng. Selain masak lemak, anda boleh cuba masak dengan kuah kari. Kedua-dua masakan amat sedap. Lebih-lebih lagi jika anda buat sendiri.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan untuk dikisar:
– Bawang putih 2 ulas 
– Bawang merah 3 ulas
– Serai sebatang 
– Kunyit hidup 1 inci

– Nenas sebiji
– Santan 250 ml
– Udang 800 gram
– Gula dan garam

Cara-Cara:

1. Ketuk sebatang serai dan tumiskan ke dalam kuali. 

2. Tumis bahan yg dikisar. Tunggu hingga pecah minyak dan naik bau. 

3. Masukkan secawan air dan biarkan mendidih. Lepas mendidih masukkan nenas. 

4. Mendidih lagi sekali masukkan udang dan santan. 

5. Kerapkan kacau untuk elakkan santan pecah. 

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Selepas 5-8 minit dah boleh tutup api.

SIAP!

Rujukan :

– Noor Farhanni

Share² lah yerr..

Leave a Comment