Resepi Udang Galah Bakar Biasa Tapi Padu Rasa

Jom buat udang galah bakar yang rasanya pasti padu hingga terangkat, boleh ikuti cara dan resepi dibawah ini

Cara Buat Udang Galah Bakar

Cara Buat Udang Galah Bakar

Jika anda seseorang yang gemar memakan udang, anda bolehlah cuba memasak udang galah bakar ini. Tak susah sebenarnya penyediaan bahan-bahan serta caranya, kalau nak tambah lagi kik kesedapannya boleh tambah mcm resepi udang galah bakar cheese ni

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak udang galah ini. 

Bahan-bahannya :
● 600 gm udang galah besar
● 1 batang serai
● ¼ sudu teh jintan manis
● ½ sudu teh serbuk kunyit
● 3 biji cili kering
● Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kuah asam limau: 
● 1.5 gm belacan
● 5 biji cili merah
● 1 biji asam limau
● 2 labu bawang besar
● 1 sudu teh air asam jawa
● ¼ sudu teh gula
● Garam secukup rasa

Cara-caranya:
●  Bersihkan udang dan belah depan atau belakangnya.[ikut suka]
Gaul dengan garam dan kunyit. Mesin atau giling serai, jintan manis dan cili kering.

● Bakar udang. Sambil membakar percik dengan bahan-bahan yang dimesin. Udang bakar elok dimakan dengan air asam limau.

● Untuk membuat air asam limau, tumbuk 4 biji cili merah bersama belacan dan sedikit garam. Masukkan air asam jawa. Hiris bawang nipis-nipis dan gaul dengan sambal. Hiris sebiji cili merah dan campur dengan sambal. Perahkan asam limau. Masukkan sedikit air, garam, gula dan kacau rata-rata.

Rujukan :

– Amir Zarith 

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of