Resepi Tomyam Putih Ayam Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat tomyam putih ayam, nak cuba masak sendiri boleh ikuti langkahnya di bawah.

Resepi Tomyam Putih Ayam Thai

Resepi Tomyam Putih Ayam Thai

Terdapat pelbagai jenis masakan tomyam yang boleh dimasak. Selalunya tom yamini berwarna merah pekat bergantung dengan bahan-bahan yang digunakan untuk memasaknya. 

Kali ini kita akan cuba membuat Tom Yam Putih dengan menggunakan resepi yang diberi.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan:
1) Air agak-agak kuantitinya
2) Tomato 
3) Serai potong pendik2
4) Lengkuas hiris nipis
5) Akar daun ketumbar
6) Ayam sekor cut kecik2
7) Cili padi 10 bj
8) Bawang beso hiris nipis
9) Bawang putih hiris nipis
10) Daun limau purut
11) Sos ikan
12) Kiub ayam 2 bj
13) Air limau nipis 2 bijik
14) Gula 3 sudu beso
15) Baby corn
16) Cendawan
17) Bunga kubis
18) Daun ketumbar 
19) Garam secukup rasa

Cara-Cara:
– Didihkan air, masuk bahan no 1-5, didihkan sampai tomato hancur sikit (Masukkan tomato terlebih dahulu untuk mengeluarkan jus tomato)
– Masukkan bahan no 6-14, didihkan sampai ayam masak
– Masukkan bahan no 15-18,  didihkan sampai sayur masak
– Ubah suai sedikit sehingga berasa baik, kalau kurang gula, garam & air limau, boleh masukkan lagi, pastikan ia manis, masam, masin & pedas seimbang, kalau nak pedas potong cili padi

Rujukan :

– Lady Suzrin

Share² lah yerr..

Leave a Comment