Resepi Tiramisu Kek Mudah & Sedap (Blueberry)

Ini adalah cara dan resepi untuk membut tiramisu kek blueberry creamy sedap, jom try buat sendiri dengan kaedah ditunjukkan dibawah

Cara Buat Tiramisu Kek

Cara Buat Tiramisu Kek

Biasanya jarang kita dapat makan Tiramisu Blueberry ini. Selalunya di majlis-majlis makan sahaja. Itu pun belum tentu lagi akan ada dihidang. Kalau anda belajar membuat kek ini dengan sendiri, sudah tentu pada bila-bila masa anda mengidam, anda boleh membuatnya dengan sendiri.

Mari lihat cara-cara untuk membuat tiramisu blueberry.

Bahan-Bahan yang Perlu Diayak
– 1 cawan tepung gandum
– 1 cawan tepung kek
– 1 sudu kecil baking powder
– 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan-Bahan Cair
– 1/2 cwn mnyk
– 1/2 cwn susu segar/cair

Bahan pewarna dan perisa
– Perisa blueberry
– Pewarna purple

Bahan-Bahan yang Perlu Diadun Sehingga Kembang
– 5 bj telur gred B
– 1 sb pewarna
– 1 sb perisa
– 1 sdb ovellet
– 1 cwn gula~dah sukat blend sampai halus…yg ni penting…spya gula cpt hancur…

Cara-Cara:
– Setelah telur kembang masukkan bahan-bahan cecair dan berselang seli dengan tepung sambil kaup balik hingga habis dan sebati. 

– Kemudian masuk ke dalam loyang atau cup dan bakar ikut suhu oven masing-masing.

Topping
– 250g cream chess
– 1/2 cawan susu pekat
– 1/4 susu segar
– Kisarkan bahan-bahan di atas

– Dah siap curah atas kek dan ayakkn serbuk coklat yg di campur dgn kopi 3in1…siap.

Rujukan Resipi : 

– Amida Ida

Share² lah yerr..