Resepi Tepung Pelita Sukatan Cawan Mudah & Sedap

Ini adalah cara dan resepi tepung pelita dengan sukatan cawan, nak try buat sendiri di rumah boleh ikuti langkah dibawah

Cara Buat Tepung Pelita Sedap

Cara Buat Tepung Pelita Sedap

Kuih tepung pelita ini adalah salah satu kuih tradisional yang anda boleh jumpa di mana-mana gerai kuih. Anda juga boleh cuba memasak sendiri kuih ini. Cara-caranya juga tidak susah. Hanya perlu sebatikan bahan dengan betul sahaja.

Anda boleh merujuk kepada resepi di bawah untuk cuba memasak kuih ini.

Bahannya: 

Lapisan Bawah Hijau: 

– 2 1/2 cawan santan cair 

– 1 cawan air pandan 

– 1 cawan tepung gandum 

– 4-5 sudu besar gula (kalau nak kurangkn boleh resepi asal 2 sb) 

– Sikit pewarna hijau 

– Kisarkan semua bahan 

Lapisan Atas Putih: 

– 2 1/2 cawan santan pekat 

– 1 cawan air 

– 1 cawan tepung gandum 

– 1/2 sudu teh Garam 

– Kisarkan semua bahan 

Cara-Cara:

– Panaskan pengukus. Letak daun pisang kat dasar bekas untuk menambah bau wangi daun pisang.

– Letakkn gula dalam 1 sudu besar rata, kalau nak air gula lagi banyak, boleh letak gula 1 sudu besar penuh. 

– Kisar semua bahagian bawah hingga sebati jangan lama sangat

– Tuangkan dalam bekas yang ada gula tadi dalam separuh bekas 

– Bila siap, tuangkan adunan bawah.

– Kukus lapisan bawah selama 10 minit.

– Sementara lapisan bawah masak, kisar sebatikan lapisan atas

– Bila lapisan bawah sudah cukup 10 minit masak, tuang perlahan lapisan atas

– Siap tuang, kukus 10 minit 

SIAP! Buang air bertakung dalam kuih jika ada. 

Rujukan Resipi :

– Norizan Ismail