Resepi Telur Bungkus Simple Inti Ayam Cincang

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat telur bungkus inti ayam simple look, nak cuba boleh ikuti langkah dibawah

Cara Buat Telur Bungkus Inti Ayam

Cara Buat Telur Bungkus Inti Ayam

Jika anda mahu mencuba sesuatu yang baru, cubalah buat telur bungkus ini. Dijamin sedap dan puas. Bentuknya yang menutupi kuah dan lauk di dalamnya membuatkan hidangan ini hidangan yang unik. Anda juga boleh membuat hidangan ini dengan menggunakan resepi yang diberi.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti untuk membuat resepi ini. 

Bahan-Bahan:

– Isi ayam potong kecil

– 2 ulas bawang putih cincang 

– Potong dadu

– 1/2 biji bawang besar 

– Suku batang carrot

– 1/2 biji tomato

– Sedikit cili merah

– Kalau nak pakai mix vegetable pun boleh

Cara-Cara:

– Panaskan sedikit minyak tumiskan bwg putih

– Masukkan ayam, kacau sekejap

– Masukkan 2 sudu besar sos cili jagung atau apa-apa sos cili

– 2 sudu besar sos Thai life

– 1 sudu besar sos tiram. Kacau sebati masukkan sedikit air dan secubit garam

– Masukkan corot dan bawang besar biarkan masak seminit dua

– Tambahkan tomato dan cili

– Kacau-kacau dah pun siap

– 2 biji telur basuh dan pecahkan dalam mangkuk. Tambah sedikit garam dan pukul sebati

– Panaskan kuali dengan sedikit minyak

– Masukkan telur

– Lenggang telur memenuhi kuali

– Tutup/bungkus

Siap!

Rujukan :

– Nor Shakinah Md Zaina

Share² lah yerr..

Leave a Comment