Resepi Tauhu Sumbat Ayam Goreng Sedap

Ini adalah cara dan resepi tauhu sumbat ayam versi goreng, boleh juga kukus sebenarnya, nak cuba ikuti langkah dibawah

Cara Buat Tauhu Ayam Sumbat Goreng

Cara Buat Tauhu Ayam Sumbat Goreng

Jika anda mahukan lauk tambahan untuk makan tengahari atau makan malam anda, cubalah resipi tauhu sumbat ayam ini. Amat sesuai dibuat makan dengan nasi .

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak resepi ini.

Bahan-Bahan:

– Tauhu 
– Dada ayam / daging 
– Cili besar -cincang 
– Daun sup -hiris halus2 
– Bawang besar -cincang
– Garam 
– Lada sulah 
– Telur

Cara-Cara: 
– Goreng tauhu, sejukkan, belah 2, keluarkan isi tauhu
– Goreng dada ayam (jangan garing) 
– Tumbuk isi ayam dan isi tauhu sampai lumat. Kemudian campurkan cili besar, daun sup bawang besar, garam, lada sulah 
– Gaulkan rata dan sumbat dalam kulit tauhu yang dikeluarkan isi tadi.
– Pukul telur dan celupkan tauhu yang disumbat.
– Gorengkan.

Cubalah

Rujukan :

– Ezrin Kahar

Share² lah yerr..

Leave a Comment