Resepi Sup Tulang Ala Thai Sekilo Pastinya Sedap

Ini adalah cara buat sup tulang yang menggunakan tulang daging sekilo, nak cuba buat sendiri boleh tengok resepi dibawah

Cara Buat Sup Tulang

Cara Buat Sup Tulang

Sup tulang ini wajib ada apabila setiap kali musim raya Haji tiba. Lebih sedap dimakan dengan nasi ataupun bihun. Cara-caranya mungkin nampak susah tapi jika dibuat dengan teliti ia akan menjadi senang kepada anda. Bagi yang ada periuk cooker seperti noxxa lagi mudah, cepat skit nak empuk daging nya.

Mari cuba memasak sup tulang ini.

Bahan-Bahan:

– Sediakan bahan untuk sekilo tulang.

Bahan dalam pinggan: 

– Bawang besar

– Halia

– Bawang putih

Bahan dalam Bekas Merah:

– Bunga lawang

– Cengkih

– Kayu manis

Cara-Cara:

– Kisarkan bahan dalam bekas merah sampai hancur

– Pakai blender kering, pastikan hancur. Sebab nak elakkan masa menghirup kuah ada serdak pula.

– Bahan yang dalam pinggan. Dikisarkan pakai minyak. Ikut suka nak pakai minyak banyak mana.

– Rebus tulang dengan air

– Sambil tu pakai kuali lain, tumis bahan blender bawang-bawang halia dan sebagainya sampai garing

– Kemudian baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Tumis sekejap dan tutup api.

Jangan lama sangat kerana takut pahit pula.

– Lepas daging empuk, masukkan bahan tumis tadi, tambah air, garam dan aji sikit. 

Jika tidak mahu aji tak perlu letak

– Kemudian kalau nak bau sup lebih kuat, goreng bawang putih sampai perang dan curahkan dalam sup dengan minyak-minyak skali.

SIAP! Selamat Mencuba!

Rujukan Resipi 

– Mazs Mansor

Share² lah yerr..