Resepi Sup Ayam Simple & Mudah Dihidangkan

Anda gemar menjamah nasi dengan sup ayam, ataupun menghirup sup dengan begitu saja? Mari cuba resepi ini, boleh juga dibuat untuk menghilankan suhu demam.

Resipi Sup Ayam Padu Beb

Resipi Sup Ayam Padu Beb

Sup ayam “mama” ini mempunyai khasiatnya kepada mereka yang menghirupnya, dan ia sangat sedap. Anda juga boleh cuba bersama nasi , bihun , soto dan seumpanya

Mari tengok apa yang kita perlukan untuk membuatnya

SUP AYAM MAMA

Bahan-Bahan dan Cara-Cara

1. Ayam (ikut suka banyak mana)
2. Bawang ros/merah dibelah ( biasa saya guna 3 ulas)
3. Tomato sebiji
4. Rempah 4 sekawan (bunga cengkih 7 biji, bunga lawang 1, kayu manis 1, pelaga 3 biji)- ikut banyak mana ayam
5. Sedikit ketumbar masukkan sebiji-sebiji
6. Sedikit lada hitam sebiji-sebiji
7. Akar daun ketumbar
8. Sedikit garam

Rebus semua sehingga masak.

Bahan Hiasan/Penambah Rasa Sup

1. Bawang goreng
2. Cili padi dipotong
3. Daun ketumbar dihiris
4. Daun bawang dihiris 
5. Limau nipis (perah)

Apabila anda menjamu Sup Ayam , hidangkan sup, masukkan semua bahan hiasan ke dalam mangkuk sup, dan makan. Memang sedap dan tak jemu.

Selamat Mencuba

*Resepi Sup Ayam ini telah disumbangkan oleh Siti Asma’a Ahmad  menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon tanpa sebarang penambahan atau pengurangan.

Share² lah yerr..

Leave a Comment