Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Tanpa Prego

Teringin spaghetti carbonara tetapi anda malas keluar ke Pizza Hut atau kafe-kafe lain? Mari cuba resepi spaghetti carbonara yang dikongsikan ini

Resipi Carbonara

Resipi Carbonara

Carbonara Spaghetti adalah sejenis masakan pasta Itali yang berasal dari Rom. Ia diperbuat dari telur, keju kasar, guanciale, dan lada. Resepinya selalunya tidak tetap jika mengikut penggunaan keju atau pasta. 

Nak memasak spaghetti ini bukannya susah sangat, anda boleh dapatkan spaghetti dari mana-mana kedai dan rebuskan ia sehingga menjadi lembut dan tambahkan dengan masakan kuah carbonara.

Mari lihat cara memasak spaghetti carbonara ini.

Bahan-Bahan:
*Spaghetti
* Butter
* Bawang holland potong dadu
* Tepung gandum 3 sudu 
* Air 3 cawan 
* Susu full cream 4 cawan
* Tatura cream cheese yang kecil dibelah 2. Ambil sebahagian saja. Kisarkan.
* Garam lada hitam oregano
* Masukkan daging cincang
* Sosej dipotong kasar
* Lada banggala

Cara -Cara:
- Panaskan butter kemudian masukkan bawang holland. Saute sehingga keperangan.
- Masukkan daging cincang. Kacau sehingga masak.
- Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga keperangan sedikit.
- Bila agak kering masukkan air kacau. Jangan sampai berketul. Bila sedia masukkan susu full cream. Resepi ini menggunakan susu Dutch lady. Kalau pekat tambah lagi.
- Bila siap, masukkan kesemua bahan lain.

- Pastikan tatura cream cheese dikisar dulu dengan sedikit air. Ini supaya kuah tidak berketul

- Rasa semua dah ok tutup api dan hidang bersama spaghetti
.
- Selamat mencuba.

Rujukan:

[1] Arieza Rieza