Resepi Sotong Goreng Tepung Bestari Rangup & Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat sotong goreng tepung menggunakan tepung bestari rangup krup krup

Resepi sotong goreng tepung ini mudah sahaja, cuma perlu tahu teknik yang betul masa korang nak masak. Resepi ini menggunakan tepung bestari, anda juga boleh menggunakan tepung gandum atau tepung jagung.

Kalau beli tepung bestari langkahnya ada di belakang pack tersebut, ini adalah cara yang dikongsikan oleh Cik Noora Ekin di laman facebooknya.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat sotong goreng tepung ini.

Rebus sotong tanpa air dulu sekejap

lps kluar air sotong tu tutup api dan toskan.

Selepas dari itu baru goreng tepung

Dalam bekas lain pukul 2 biji telur sehingga kembang, telur ikot banyak mana sotong korang guna, banyak kilo sotong banyak la skit telurnya.

– Bancuh tepung BESTARI dgn air. Agak-agak jangan cair sangat

– Celup sotong pastu gaul/golekkan dlm tepung bestari serbuk lagi sekali

– Goreng dlm minyak panas dan deep fry

– Dah kekuningan cantik baru angkat dan toskan minyak. 

– Siap

Rupa tepung bestari pedas HOT

* Tambahan kalau nak buat sos pencicah

Sos Pencicah: (Sebagai sos tambahan)

1. 3 sudu besar sos thai

2. 1 sudu besar mayonese

3. Gaul sebati sos, tabur dgn bijan jika suka.

Rujukan :

– Suzana Othman

– Cik Noora Ekin (Cari fb dia dh tak jumpa)

Share² lah yerr..

Leave a Comment