Resepi Sotong Goreng Kunyit Sedap Untuk Dihidangkan

Ini adalah cara dan resepi sotong goreng kunyit yang simple dan sedap untuk anda hidangkan

Foto by : Suzanna Othman

Kalau nak cerita pasal resepi sotong ni sebenarnya ada banyak, dengan sotong anda boleh buat goreng tepung, bakar, panggang atau tomyam. kali ini kami nak kongsi dengan anda resepi sotong goreng kunyit.

Resepi ini adalah hasil tangan Puan Suzanna Othman dimana beliau berkongsi di laman faceboknya.

Jom cuba masak dengan mengikuti bahan-bahan dan cara-cara di bawah.

Bahan-Bahan:

– ½kilo sotong bersihkan dan toskan 

– 1biji bawang besar-hiris nipis

– 3 ulas bawang putih-ketuk

– 2 tangkai cili merah-hiris

– 7 biji cili api atau ikut kepedasan masing2-hiris

– 1 inci halia-hiris nipis

– Sebatang serai-ketuk

– 1 keping asam keping

– ½biji tomato-potong 3 bahagian

– Serbuk kunyit

– Garam

Cara-Caranya :

– Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga kekuningan.

– Masukkan asam keping, cili merah, cili api dan serbuk kunyit. 

– Kemudian masukkan sotong dan perasakan dengan garam. 

– Apabila sotong masak, masukkan tomato dan tutup api. 

– Sedia untuk menghidang

Rujukan :

– Suzanna Othman 

Share² lah yerr..

Leave a Comment