Resepi Siakap 3 Rasa Ala Thai Simple

Jom try buat resepi siaka 3 ala thai yang simple dengan mengikuti cara yang ditunjukkan dibawah ini

Cara Masaka Siakap 3 Rasa

Cara Masaka Siakap 3 Rasa

Siakap 3 Rasa Ala Thai adalah sejenis hidangan lauk ikan yang disediakan “secara sweet & sour”. Biasanya ia akan dimasak dengan bahan utamanya iaitu ikan siakap dan kuahnya diperbuat dari sayur-sayuran dan buah-buahan.  

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Siakap 3 Rasa Ala Thai.

Bahan-Bahan;
•  Ikan Siakap
•  Bawang Besar
•  Bawang Putih
•  Cili Merah
•  Tomato
•  Nenas
•  Timun
•  Lada Capsicum Hijau & Merah
•  Daun Limau Purut
•  Serai
•  Daun Ketumbar 
•  Sos Tomato, Cili, Plum & Sos Ikan
•  Tepung Gandum
•  Garam & Gula

Cara-Cara:

– Ikan dicuci, dibelah dan di kelar…

– 2 biji tomato, 1/4 lada hijau dan lada merah dan nenas dipotong secara dadu.

– 1/2 timun dibuang biji dan dipotong dadu.

– 2 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih dicincang kasar.

– 2 batang serai dan cili merah dibelah tengah dan daun ketumbar dihiris halus.

– Sebiji cili merah dipotong dan dibuang biji.

– Ditumbuk dengan menggunakan lesung sebab kita nak cili tu kasar-kasar.. kalau nak lebih pedas boleh tambah cili ataupun tambah cili padi.

– Cili merah selepas ditumbuk.

Cara Memasak Sos:

• 4 sudu besar sos tomato

• 3 sudu besar sos cili

• 1 sudu besar sos tiram

• 1 sudu besar sos plum

• 1 sudu besar sos ikan

– Panaskan kuali.

– Tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai.

– Masukkan cili yang telah ditumbuk tadi.

– Tumis hingga naik bau harum.

– Tuangkan campuran sos tadi bersama sedikit air panas dan gaulkan.

– Masukkan daun limau purut.

– Masukkan 3 sudu besar gula dan 1/2 sudu besar garam.

– Masukkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu tadi.

– Masukkan timun.

– Gaulkan dan biarkan reneh seketika, padam api dan biarkan.

– Pedap ikan dengan kain utk keringkan air, taburkan garam pada ikan kemudian lumurkan tepung gandum.. tepung biar nipis saja.

– Panaskan minyak untuk goreng.

– Pastikan minyak betul-betul panas.

– Ikan dah siap goreng.

– Tuangkan kuah sos tadi ke atas ikan… taburkan daun ketumbar sebagai hiasan dan penambah rasa.

Rujukan Resipi :

– Azraai Food Channel

Share² lah yerr..

Leave a Comment