Resepi Semperit Susu Sukatan Cawan

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat semperit susu mengikut sukatan cawan, boleh cuba sebagai kuih raya anda.

Cara Buat Biskut Semperit Susu

Cara Buat Biskut Semperit Susu

Kuih biskut semperit susu ini sudah menjadi suatu fevret dan akan sentiasa dicari apabila anda melawat rumah saudara tiba di musim raya. Jika anda ingin mencari sesuatu untuk menjadi tambahan kepada aneka kuih anda, cubalah buat kuih semperit susu ini.

Kali ini kami kongsikan resepi biskut semperit susu yang dishare oleh Puan Marina Mar Mawar di laman facebooknya

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan:

– 250 Buttercup
– ½ cawan gula icing
– ½ cawan susu pekat
– ½ cawan tepung kastard
– 400gm tepung jagung
– Sedikit esen vanilla

CARA-CARANYA:

– Buttercup di gaul sebati bersama gula icing menggunakan senduk kayu.
– Masukkan susu pekat, gaul hingga sebati lagi kemudian masukkan esen vanilla.
– Masukkan tepung kastard dan gaul lagi.
– Masukkan tepung jagung sedikit-sedikit hingga dapat doh yg lembut dan tidak melekat di tangan.
– Tekan adunan menggunakan acuan samperit di atas loyang yg di alaskan kertas minyak/baking paper.
– Biarkan dahulu selama 1 jam (anginkan dengan kipas angin) supaya bunga tidak jatuh/kembang selepas bakar
– Panaskan dahulu oven dengan suhu 160c dan bakar selama 25min api atas bawah atau mengikut oven masing-masing.

Rujukan :

– Marina Mar Mawar

Leave a Comment