Resepi Sambal Petai Udang Tanpa Santan

Ini adalah cara serta resepi sambal petai udang. Jika anda gemar dan ingin cuba buat sendiri boleh tengok langkahnya nak buatnya

Cara Buat Sambal Undang Petai Sedap

Cara Buat Sambal Undang Petai Sedap

Sambal ini boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ia juga boleh dibuat dengan pelbagai jenis isian. Dari sambal bilis hinggalah sambal ayam. Kali ini, sambal yang dibuat adalah sambal petai udang. Jika anda berminat, anda bolehlah cuba membuatnya dengan mengikuti resepi di bawah. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat sambal ini.

Cili Kisar

● Gunting cili, buang biji dan rendam cili smpai lembut 

● Bilas cili beberapa kali, toskan dan blender cili bersama bawang besar, sedikit garam, minyak dan air masak.

Bahan-Bahan:

● Udang dan petai (Bubuh sebanyak mana anda mahu)
● 1 – 2 biji bwg besar* 
● 1 ulas bwg putih*
● Sedikit belacan
(semua bahan ditumbuk kasar)

● 6 sudu cili blender
● Sedikit gula melaka
● Sedikit gula biasa
● 2 sudu sos cili 
● Sedikit air asam jawa
● Garam
● Potongan bawang
-Sebelum itu.. udang digaulkan dengan sedikit serbuk kunyit. Goreng sekejap, angkat dan toskan.

Cara-Cara:

1. Tumis bahan-bahan yg ditumbuk smpai layu

2. Naik bau guna minyak goreng udang 

3. Masukkan pula cili kisar, sos cili, gula melaka,  tambah air jika perlu, masak sehingga pecah minyak dan cili betul-betul masak

4. Masukkan air asam jawa, udang, petai. Perasakan dengan gula dan garam, serta akhir sekali masukkan potongan bawang. Siap !

Rujukan Resipi :

– Lina Bakri

Leave a Comment