Resepi Sambal Goreng Jawa Johor Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi sambal goreng jawa kering tidak berkuah, boleh cuba dengan mengikuti kaedahnya ditunjukkan dibawah

Cara Buat Sambal Goreng Jawa

Cara Buat Sambal Goreng Jawa

Sambal Goreng Jawa adalah sejenis masakan sambal pedas yang digoreng. Ia lebih sedap dimakan dengan lontong. Untuk kali ini, jom tengok bagaimana untuk memasak Sambal Goreng Jawa

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Sambal Goreng Jawa.

Bahan-Bahan:
• Paru,limpa dan hati lembu (rebus dan dipotong dadu) 
• Kentang,tempe,tahu (potong dadu dan goreng) 
• Kacang panjang potong serong
• Cili besar merah
• Cuun dan fucuk rendam dalam air sampai lembut

BAHAN TUMIS
• Cili kering kisar
• Bawang merah kecil
• Bawang putih
• 1inchi halia n lengkuas
• Sedikit Ikan bilis
• Sedikit Belacan
• (kisar semua bahan di atas)

CARA-CARA:
• Panaskan 2 senduk minyak masak dan tumiskn bahan yang dikisar

• Masukan sedikit gula, garam dan kicap manis 

• Masukkan hati, paru dan limpa

• Masukan cili merah, fucuk, kentang, tempe, tahu suun dan kacang panjang 

• Bila rasa semua ok boleh masukkan sedikit santan pekat dan gaul sebati dan tutup api.

Rujukan Resipi :

– Siti Norhana Bakeri

Share² lah yerr..

Leave a Comment