Resepi Roti Puri Dengan Yis Mudah Dan Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat roti peri dengan yis mudah untuk dihidangkan, jom try buat sendiri pasti jadi

Cara Buat Roti Puri Gebu

Cara Buat Roti Puri Gebu

Roti puri merupakan makanan masyrakat India dan ia selalunya dijadikan hidangan sarapan pagi atau makan malam. Selalunya ia akan dicicah dengan kuah kari apabila dijamah, boleh juga dimakan bersama sambal ikan bilis.

Roti puri ini juga telah menjadi makanan yang amat popular di kalangan rakyat negara ini. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan :
– 2 cawan tepung gandum
– 1 sudu teh yis
– 1 sudu besar susu pekat
– 1/2 sudu teh garam
– 1 sudu besar Majerin
– 1 sudu besar minyak jagung (nak guna minyak masak jenama apa pun boleh)
– 3/4 cawan air panas

Cara Penyediaan :
– Campurkan tepung gandum, yis, susu pekat, garam, Margerin dan minyak jagung dlm satu bekas. Uli hingga sekata dan berderai-derai.
– Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan gaul rata. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
– Bulatkan kecil-kecil spt saiz bola pingpong. Letakkan dlm bekas yg bertutup. Perap selama 30 minit.
– Lenyekkan doh dgn penggelek hingga nipis. Gelekkan semua doh siap2 supaya mudah utk sesi menggoreng.
– Panaskan minyak. Minyak kena banyak dan api sederhana.
– Goreng doh yg tlh dilenyek satu persatu.
– Semasa menggoreng, simbah-simbahkan minyak ke atas roti. Bila roti sudah kembung, baru terbalikkan dan masak hingga kekuningan.
– Angkat dan toskan di atas tisu dapur.

Nota Kaki :
– Sedap dimakan semasa masih panas.
– Boleh dimakan dgn Sambal Ikan Bilis, Sambal Sardin, Kuah Kari dan Kuah Dal.

Rujukan :

– Hamidah HA

Share² lah yerr..

Leave a Comment