Resepi Roti Paun Lembut Sukatan Cawan

Ini adalah cara dan resepi untuk membaut roti paun atau paung, langkahnya mudah dan simple untuk dapatkan hasil yang gebu

Cara Buat Roti Paung

Cara Buat Roti Paung

Roti paun ada yang panggil roti paung antara aneka roti yang memang nampak gebu dan menarik perhatian untuk dimakan, ditambah pula diatasnya disaluti mentega, sedap untuk dimakan bersama teh tarik di petang hari.

Jom cuba buat sendiri menerusi resepi yang ditunjukkan dibawah.

Bahan-Bahan:

– 6 cawan tepung gandum
– 1 ¾ cawan susu cair/susu segar
– ¾ cawan gula halus
– 1 paket (11 gm) yis
– 3 biji telur
– ¼ cawan mentega, dicairkan
– sedikit pewarna kuning

Cara Membuat:

– Campurkan susu cair atau susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yis tersebut menampakan sedikit berbuih

– Selepas itu, campur mentega yang cair dan sedikit pewarna kuning.

Masukan tepung korang dalam mesin ulu roti, uli hingga tepung tu jadi doh lembut dan sebagti, nak uli guna tangan pon boleh atau guna mixer

– Perap adunan tadi hingga ianya naik 2x ganda besar, bila dah naik tumbuh doh terbut dan ulang uli lagi.

– Dah sattle, ambik adunan doh dalam 80 gram buat bentuk bulat, (timbang tadi 20 ketul dalam 65 gram).

– Sapu loyang bulat korang bersama mentega dan susuh doh yang bulat-bulat tadi dalam loyang.

– Seterusnya perap lagi doh tadi hingga naik lagi 2x ganda besar, dah naik sapu sedikit mentega atas roti dan bakar, Bakar dlm ketuhar/oven guna suhu 170’C masa dalam 20 minit hingga nampak kuning.

– Keluarkan roti dari ketuhar masa tengah panas sapukan roti dengan mentega. sehingga nampak berkilat.

– Sedia untuk dimakan

Rujukan :

– Rosyani Amani

Share² lah yerr..

Leave a Comment