Resepi Roti John Cheese Sedap Padu Baq Hang

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat roti john tambah cheese dan telur, nak cuba buat sendiri boleh ikot step kat bawah

Cara buat Roti John Sedap

Cara buat Roti John Sedap

Roti John adalah sejenis sandwich omelette. Ia merupakan pelengkap selera untuk sesiapa sahaja. Roti John ini boleh didapati hampir di mana-mana sahaja di dalam negara ini. Anda juga boleh membuatnya dengan sendiri kerana cara membuatnya tidak susah.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan:

✔8 biji roti sosej
✔6 biji telur
✔daun bawang / daun sup

Bahan Tabur
✔kobis/timun/carrot
✔mayonis dan sos
Cheese tabur

Bahan-Bahan Inti:
✔bawang putih 
✔bawang merah
✔1-2 sudu besar rempah kari
✔sepeket daging /ayam kisar
✔lada sulah

Cara-Caranya:
1. Hiris bawang putih dan tumis, dah garing masukkan rempah kari daging dan biar kering sedikit.. 
2. Kemudian masukkan daging ayam kisar yang telah dibasuh, dan bawang merah yang telah dipotong dadu.. 
3. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.. Masak sehingga daging benar-benar masak..

Dalam bekas lain
———————–
1. Pecahkan telur dalam satu bekas, dan masukkan hirisan daun bawang daun sup.
2. Kemudian masukkan bahan inti tadi ke dalam bekas telur, kacau sebati.

Jom kita bakar
✔Belah atau potong roti kepada dua bahagian tetapi jangan bagi putus dihujung. 
✔Sapukan permukaan roti dengan planta dan letak atas kuali leper seketika dan angkat.
✔Panaskan kuali leper(sy guna Magic Pan jer)…
Sapukan mentega… corakkan bahan inti tadi sesuai untuk sebiji roti sosej. Sy guna 1 senduk utk 1 roti (bleh tabur cheese kalau ada…)
✔then tekapkan roti tersebut….Dah yakin telur tu masak elok, terbalik & biarkan seketika…kmdian, boleh lah diangkat…
✔Hiaskan dengan kobis dan timun.. picit mayonis & sos cili di atasnya…

Rujukan :

– Zyka Kepochi

Share² lah yerr..

Leave a Comment