Resepi Roti Biskut Cheese Warna Warni

Bagi penggemar makanan ‘dessert’ Roti Biskut Cheese antara menu yang wajib anda cuba buat, ini adalah resepi serta cara-cara penyediaannya.

Resipi Bisikut Roti Cheese Padu Beb

Resipi Bisikut Roti Cheese Padu Beb

Baik selepas makan mahupun pada waktu minum petang, anda boleh cuba hidangkan kuih ini bersama kelurga. Resepi Roti Biskut Cheese ini telah dikongsikan oleh saudari Miera kepada kami. 

Berikut kami berikan secara ringkas bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara yang perlu kita ikuti untuk menyiapkan resepi ini. 

Untuk kuih ini anda perlu menyediakan 2 bahagian kepada kuih roti biskut cheese dengan menggunakan bahan berikut.  

Bahan-bahan A
30g Agar-agar tali (rendam selama 2 jam)
1800ml air
200g gula
10g gula batu

Bahan-bahan B
(Kisarkan semua bahan di bawah)
6 keping roti (Buangkan bahagian tepi)
30g biskut cheese
10g tepung kastad
3biji telur gred A
2 sudu teh esen vanilla
1/2 tin susu cair (FN)
1/2 tin susu pekat (FN)

Bahan-bahan C
Coklat elmulco
Perwarna kuning telur
Perwarna biru
Perwarna pink

Cara-cara menyediakan:
1. Masak agar-agar sehingga hancur

2. Masukan gula dan gula batu. 

3. Apabila semua sudah hancur, masukkan bahan yang telah dikisarkan tadi. Guna api yang perlahan dan sentiasa kacau 

4. Apabila ia nampak hampir mendidih, padamkan api.

Cara membuat lapisan:

1. Gunakan 600ml daripada agar-agar yang dimasak tadi dan tuangkan ke dalam loyang 10×10.

2. Apabila ia mengeras, ambilkan lagi 400ml dan masukkan coklat emulco. Tuangkan ke atas lapisan putih tadi

3. Ambilkan lagi 300ml untuk membuat warna kuning, gunakan kaedah yang sama dengan sebelum ini dan habiskan.

Selamat Mencuba Resepi

Rujukan :

[1] – Miera Cake N Pudding 

Share² lah yerr..

Leave a Comment