Resepi Rendang Tok Daging Korban Mudah

Ini adalah cara dan resepi rendang tok daging, andab boleh guna daging korban atau apa saja daging lembu untuk dijadikan rendang

Cara Buat Rendang Tok

Cara Buat Rendang Tok

Jika anda mahu membuat rendang tok  yang sedap dan pedas, anda bolehlah cuba mengikuti resepi ini. Anda boleh buat rendang ini untuk dimakan dengan nasi, nasi impit ataupun ketupat. Selalunya ia juga akan dibuat pada musim raya sebagai lauk hidangan dalam jamuan makan.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti untuk memasak rendang ini. 

Bahan-Bahan:

– Bawang besar 3 ulas
– Bawang putih 5 ulas
– Halia besar ibu jari
– Lengkuas 
– Kunyit hidup 
– Cili kering 30 biji (rebus dlu)
– Cili padi 12 biji
– Serai 5 batang
– Sedikit jintn manis dan jintan putih (optional)
*Bahan2 diatas ni untuk di blender. ????

– Kulit kayu manis 1 batang
– Bunga cengkih 5 kuntum
– Bunga lawang 2 kuntum
– Buah pelaga 5 biji
– Daun kunyit 3 helai
– Asam keping 5 keping
– Kerisik saye beli 2rgt je. 
– Santan kelapa saya perah sndri dlm setengah biji kelapa.. 
– Gula merah
– Gula pasir
– Garam 
– Minyak masak untuk menumis

– Daging korban lebih kurang sekilo rebus dlu smpi agak empuk.

Cara-Cara:

– Masukkan minyak masak kedalam kuali. 
– Tumis rempah sekejap bunga cengkih bunga lwang buah pelaga dan kulit kayu manis. 
– Kemudian masukkan bahan yang dah diblender tadi… Masukkan asam keping.. – Kemudian masak smpi pecah minyak. 
– Masukkan gula merah gula pasir, secukup rasa.

– Kemudian. Masukkan kerisik dan santan…

– Lepas tu letakkan daging yang siap direbus tadi.. Masak sekejap.. Kemudian letakkan garam secukup rasa dan bahan penambah perisa (klu nk letak)

– Masak smpai daging tu mesra dengan bahan2 rendang.. Hingga agak kering.. Barulah hiris daun kunyit dan msukkan ke dalam rendang.. Kacau2 sikit.. Siap… Bole makan

Rujukan :

– Kusumadewi Khalid

Share² lah yerr..

Leave a Comment