Resepi Rendang Daging Tradisional Paling Sedap

Ini adalah cara serta resepi untuk membuat rendang daging, nak menambah kelazaran menu majlis anda boleh cuba

Cara Buat Rendang Daging Makan Bersama Ketupat

Cara Buat Rendang Daging Makan Bersama Ketupat

Sebut sahaja rendang daging, anda pasti terbayangkan nasi impit, ketupat dan lemang dihidangkan sekali rendang tersebut. Boleh saja dibuat di luar musim raya. Anda perlu menyediakan beberapa barang sebelum memulakan masakan. 

Mari lihat apa yang diperlukan dan cara-cara yang kita harus ikuti untuk memasak hidangan ini. 

Bahan-Bahan:

– 2 kg daging
–  6 biji bawang sederhana besar
–  8 ulas bawang putih
–  Sebesar 2 jari halia
–  Sebesar 2 jari kunyit hidup
–  Sedikit lengkuas
–  6 batang serai
–  Cili kering blend lebih kurang 2 senduk
–  Santan kotak 500ml
–  Kerisik

Cara-Caranya: 

(Ada dua versi samada nak tumis atau tidak tumis.)
1. Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, kunyit hidup dan serai diblend. 

2. Masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering blend. Kemudian daging. 

3. Kacau supaya bahan blend semua rata dengan daging 

4. Masukkan santan dan kacau lagi. 

5. Masak rendang daging. Jangan gunakan api kuat. Sederhana sahaja. 

6. Bila hampir kering masukkan kerisik dan daun kunyit hiris, daun limau purut, asam keping. Jangan lupa garam, serbuk perasa dan sedikit gula. 

Rujukan :

– Norsiah Zakaria

Share² lah yerr..

Leave a Comment