Resepi Rempeyek Kacang Tanah Sukatan Cawan

Jom try buat rempeyek kacang tanah, nak buat mudah je, ikuti cara dan resepi yang ditunjukkan dibawah ini.

Cara Buat Rempeyek Kacang Ikan Bilis Rangup

Cara Buat Rempeyek Kacang Ikan Bilis Rangup

Rempeyek ini boleh dikira sebagai biskut orang Jawa. Biasanya ia diperbuat dari tepung  dan beberapa bahan yang lain. Jika anda seseorang yang menyukai rempeyek yang rangup dan sedap, anda boleh cuba resepi ini. Boleh buat sebagai menu kuih raya korang.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti untuk membuatnya.

Bahan-Bahan:

– 1 paket tepung beras 
– 1 cawan ikan bilis ( di blend )
– 1 biji telur 
– 2 sudu ketumbar – di blend kasar je
– 1 sudu jintan putih 
– 1 sudu jintan manis 
– 1 cawan santan kelapa ( tak perlu pekat sgt )
– 1 sudu kecil kapur sireh ( bancuh dlm air bg larut ) 
– Sedikit garam

– Sepeket ikan bilis untuk hiasan 
– 1/2 kg kacang tanah
– Minyak untuk menggoreng 
– Acuan rempeyek

Cara-Cara:

– Kisarkan rempah , masukkan dalam adunan tepung. 

– Masukkan sedikit air, telur dan gaul sehingga sekata

– Masukkan ikan bilis yang telah dikisarkan, santan, air kapur dan garam. Gaul sehingga sekata dan tambah sedikit air.

– Panaskan minyak dalam kuali, kalau boleh biar minyak banyak

– Masukkan acuan dalam kuali biarkan panas

– Bila minyak sudah panas, angkat acuan dan tuangkan adunan tepung tadi guna senduk kecik dan letakkan kacang tanah, dan letakkan 1 ikan bilis, gorengkan. api jangan kuat sangat nanti hangus. 

– Buat berulang kali , goreng sambil terbalikkan, agak-agak kekuningan boleh angkat dan toskan, buat lagi tanpa henti.

Rujukan Resipi :

– Nori Othman