Resepi Quiche Simple & Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat quiche dengan mudah, nak cuba boleh ikuti langkah di bawah

Cara Buat Kuih Quiche

Cara Buat Kuih Quiche

Quiche adalah sejenis pastri flan . Biasanya ia akan diisi dengan telur, susu atau krim dan keju, daging, makanan laut atau sayuran, apa lagi jom cuba buat sendiri.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat quiche.

Bahan-Bahan:
– 125g mentega
– 40 g icing sugar
– 1 biji kuning telur
– 250g tepung gandum

Cara membuatnya:
1. Mix mentega dengan icing sugar sampai creamy. (guna hand mixer)
2. Masukkan kuning telur dan mix lagi sampai sebati. 
3. Masukkan tepung dan uli menggunakan tangan. (doh die mmg akan crumbly sikit)
4. Tekankan doh tadi ke dalam acuan tart/pie. 
5. Bakar pada suhu 170c selama 20-30 minit atau sampai masak.

Resepi untuk inti

– 1/2 bawang besar (dicincang halus)
– 1/4 lada benggala hijau (dicincang halus)
– 1/2 cawan mushroom (fresh/dalam tin, dihiris)
– 1 keping isi ayam (dipotong dadu kecil2)
– 2 sudu teh sos tiram
– 1/4 sudu teh serbuk lada putih

Cara membuatnya:
– Tumis bawang besar, lada benggala, mushroom dan isi ayam sampai ayam separuh masak. 
– Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk lada putih. 
– Biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya. Dikacau sekali sekala.

Cara membuat quiche:
– 1 cawan susu segar/susu cair+sebiji telur+secubit garam+secubit serbuk lada hitam. 
– Setelah crust tadi masak, masukkan isi ayam, adunan telur dan cheddar cheese yg digarut. 
– Bakar pada suhu 170c selama 30-35 minit atau sehingga adunan telur masak sepenuhnya. 
– Selamat mencuba 

Rujukan Resipi :

– Mariam Haji Maidi