Resepi Pulut Kuning Kukus Mudah Dan Simple

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat pulut kuning kukus, nak kukus mengguna pressure cooker seperti noxxa pun boleh

Cara Buat Pulut Kuning

Cara Buat Pulut Kuning

Pulut kuning amat sedap sekali jika dimakan dengan rendang daging atau ayam. Kerap sekali ia juga dihidangkan di pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, majlis hari lahir, hari khatam Quran, dan lain-lain lagi.

Mari lihat apa yang perlu diikuti untuk membuatnya.

Bahan-bahan:

– Beras Pulut 1 kg ( 10- 15 orang makan )

– Santan kelapa sebiji ( 2 cawan pati santan)

– Daun pandan

– Serbuk kunyit babas 1 sudu besar 

– Asam keping ( 3 keping )

– Garam ( 1 sudu )

Cara-caranya:

1. Cuci beras pulut sebanyak 3 kali 

2. Rendam beras pulut dengan serbuk kunyit babas dan asam keping selama lebih kurang 5 jam. Serbuk kunyit babas digunakan kerana ia akan menjadikan warna pulut kuning kita lebih cantik.

3. Kukus beras pulut yang telah ditapis bersama daun pandan selama 30 minit 

4. Kecilkan api dapur sementara anda hendak menggaul santan yang telah diletak 1 sudu garam 

5. Gaul pulut kukusan pertama tadi bersama santan (ketika pulut masih panas )

6.  Kemudian kukus untuk kali kedua dengan daun pandan juga selama 20 minit sahaja.

Rujukan :

– Salmanormi Saleh