Resepi Puding Telur Mata Kerbau

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat puding telur mata kerbau, nak cuba boleh ikuti tekniknya di bawah.

Cara Buat Puding Telur Mata Kerbau

Cara Buat Puding Telur Mata Kerbau

Mungkin pada pandangan pertama anda mungkin fikir ini adalah telur mata kerbau, tetapi ini adalah puding yang menyerupainya sahaja. Bolehlah anda cuba hidangkan puding ini kepada tetamu ataupun buat untuk diri sendiri. 

Keunikan puding ini telah menjadi viral di lama. facebook yang dokongsikan oleh Raja Amanina 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu dilakukan untuk membuat puding ini. 

Bahan-Bahan:
– 1 paket serbuk agar-agar 10g
– Air 600ml
– Susu cair 1 tin
– Gula ikut citarasa masing-masing
– Beberapa titik esen pisang
– Secubit garam
– Tepung kastard 2sudu bancuh dengan sikit air
– Pewarna kuning
– Acuan lompang dan piring

Cara-Cara:
–  Masak agar agar,air, gula hingga larut
–  Masukkan susu cair,esen pisang,garam kacau sebati dan biar hingga mendidih
–  Ambil satu cawan setengah adunan dan asingkan ke dalam periuk lain tambahkan kastad dan pewarna kuning..masak hingga likat
–  Sudukan adunan kastad ke dlm acuan lompang agak-agak sebesar kuning telur
–  Nak cepat masukkan dlm peti sejuk dan biarkan mengeras..keluarkan dr acuan
– Letak dalam piring dan tuangkan adunan warna putih..warna kuning perlu lebih tinggi dr adunan putih

Rujukan :

– Raja Amanina

Share² lah yerr..

Leave a Comment