Resepi Puding Jagung Kastard Tanpa Santan

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat puding jagung dan agar-agar puding menggunakan tepung kastard dan tanpa santan

Sebagai pencuci mulut puding adalah salah satu pilihan yang menjadi pilihan, kali ini kami akan kongsikan dengan anda resepi untuk membuat puding jagung serta versi agar-agar yang dikongsikan oleh Puan Ainun Nazariah Abd Hamid ini

Mari lihat apa yang diperlukan untuk memasak resepi ini. 

Bahan-Bahan : 
– 2 cawan tepung kastard
– 3 cawan air
– 2 cawan gula (nak kurang manis, kurangkan gula)
– 1 tin susu cair
– 1 tin jagung creamy

Cara-Cara :
– Satukan semua bahan di dalam periuk, panaskan di atas api. 

– Kacau tanpa henti sehingga puding menjadi pekat dan berkilat. 

– Tutup api, tuangkan ke dlm bekas/acuan tunggu sejuk. 

– Masukkn ke dalam peti sejuk. Dalam 3-4jam. 

Resepi puding jagung agar-agar

Bahan-Bahan: 
– 20gm agar-agar bertali
– 1liter air
– 2 cawan gula ( nk krng manis blh krngkn gula)
– 1 tin susu cair
– 1 tin jagung creamy

Cara-Cara: 
– Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan agar-agar, 

– Apabila agar-agar sudah cair masukkan bahan-bahan lain. 

– Kacau sebati, tutup api masukkan ke dalam bekas/acuan. 

– Dah sejuk bolehlah dihidangkan.

Rujukan :

– Ainun Nazariah Abd Hamid

Share² lah yerr..

Leave a Comment