Resepi Portugese Egg Tart Gebu Dan Sedap

Kalau anda seseorang yang suka memasak pastri, resepi Portuguese Egg Tart ini adalah untuk anda, jom tengok cara membuatnya dibawah

Cara Buat Portugese Egg Tart

Cara Buat Portugese Egg Tart

Portugese Egg Tart antara kuih yang sedap dimakan begitu sahaja, penggunaan telur yang banyak dalam pembuatannya menambahkan lagi kelazatanya egg tart ini, kalau yang ini versi Portugese ada juga versi Hokkaido sama juga kesedapannya.

Nak try buat sendiri jom ikuti cara dan resepi ini.

Bahan-Bahan:

– Puff pastry ready made (Jenama Kawan) 

Bahan Kastard: 

– 4 biji telur 

– Sedikit esen vanila 

– 150ml air 

– 250ml susu full cream (guna Dutchlady) 

– 120g gula kastor 

– 1 sudu besar tepung jagung 

Cara-Cara: 

– Canaikan kulit pastri, jangan nipis sangat. Letak tepung sikit biar tak melekat. 

– Potong pastri lebih besar dari acuan. Sekeping pastri boleh buat 5 biji tart. Lebihan tepi-tepi itu masih boleh diguna, bulatkan kemudian canai semula. Kalau nak buat untuk hari lain, simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti ais. 

– Kalau tak ada acuan, cawan muffin pun boleh juga. 

– Masukkan pastri ke dalam acuan, tekan-tekan bagi rapat ke dinding. Jangan bagi ada gelembung udara. Lebihan yang terkeluar dari acuan tu potong, 

– Bahan untuk kastard tadi campur saja semua. Kacau bagi sebati. Telur jangan lupa basuh.Susu full cream kalau nak ganti dengan susu cair pun boleh. 

– Adunan kastard tadi kita tapis dulu, kemudian tuang ke dalam acuan. Bakar 200°c, 40minit. 

Rujukan Resipi :

[1] Cik Sue

Share² lah yerr..