Resepi Popia Nestum Sedap Dan Rangup

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat popia nestum, nak cuba buat sendiri boleh ikuti langkah dibawah

Cara Buat Popia Nestum

Cara Buat Popia Nestum

Mudah sahaja untuk anda membuat kuih popia nestum. Anda tidak memerlukan banyak bahan. Walaupun mudah dibuat ianya sedap dan manis. Kuih popia nestumini pasti menjadi kesukaan tetamu, suami dan anak-anak. Boleh buat untuk raya nanti. 

Bahan-Bahan:

– Kulit Popia

– Nestum

–  Gula

Cara-Cara:

– Pertama sekali gulungkan kulit popia panjang-panjang macam dalam gambar di atas

 – Jangan gulung terlalu tebal dan biarkan ada sedikit ruang di tengah gulungan popia supaya setiap lapisan popia masak. 

– Boleh gunakan lidi satay atau lidi bunga telur untuk gulungkan popia. Untuk gamkan hujung kulit popia boleh gunakan air, telur atau air bancuhan tepung.

– Lepas dah siap gulung, gunting popia dengan potongan serong atau menegak ikut suka.

– Lepastu bolehlah goreng popia dengan api yang sederhana hingga kekuningan. Jangan gunakan api yang besar sebab popia senang hangus.

– Lepas dah siap goreng popia, sementara nak tunggu popia sejuk, kisar nestum 1 cawan dan gula 1/2 cawan dengan mesin pengisar kering. 

– Lepastu campurkan nestum dan gula tersebut dengan susu tepung 1/2 cawan. Boleh guna susu nespray. 

– Kalau taknak guna susu boleh tukarkan dengan horlick. ( Yang ni sukatan cawan saiz kecil untuk setengah bungkus kulit popia )

– Masukkan popia yang dah siap digoreng dalam bekas kedap udara dan taburkan dengan serbuk campuran nestum, gula dan susu tadi. 

– Pastikan popia dah sejuk. Baru taburkan campuran tadi. Kalau tak campuran akan cair dan berlengas.

– Kemudian tutup bekas dan goncangkan hingga campuran sebati dengan popia. Dah siap. 

– Selamat mencuba. 

Rujukan Resipi :

– Adriana Qistina Zamri

Share² lah yerr..