Resepi Popia Goreng Inti Ayam Bersira Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat popia goreng sira berinti ayam, nak try boleh ikuti langkah dibawah.

Cara Buat Popia Goreng Inti Ayam Rangup

Cara Buat Popia Goreng Inti Ayam Rangup

Popia goreng ayam bersira, ni antara versi popia paling fevret, kalau bulan ramadhan antara menu pilihan utama untuk berbuka puasa, sedap rangup dan yang pasti pedas-pedas sedikit menambkan lagi kelazatannya.

Bahan-Bahannya :

– 50pcs kulit popia
– 1 sdb tepung gandum ( bancuh guna air 4-5 sdb nk jadikan pelekat)

Bahan Untuk  Inti :
– 1/2 biji kobis (hiris nipis)
– 3 batang lobak merah ( sagat)
– 4 biji tauhu ( goreng dan potong dadu)
– 1 biji bawang besar ( potong dadu )
– Segenggam udang geragau (basuh n toskan)
– Sedikit isi ayam ( jika suka )
– Sedikit garam

-> Resepi Popia Seaweed

Cara-Caranya :
– Panaskan 1/2 senduk minyak.

– Tumiskan bawang dan udang geragau.

– Masukkan isi ayam, bila isi ayam dah empuk, masukkan semua sayuran, tauhudan sedikit garam.

– Kacau sehingga agak layu, tutup api, toskan untuk buang air dlm sayuran, biarkan sejuk seketika. .

– Ambil sekeping kulit popia, masukkan int, gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan, buat hingga siap.

– Goreng guna api sederhana hingga betul-betul garing, toskan.

Bahan Sira(sos popia)
– 25 tangkai cili kering
– 3 ulas bawang putih
– 1 cawan air
– (Kisar bahan di atas hingga betul2 halus)

– 2-3 sdb sos cili
– 2 senduk gula pasir
– 1 1/2 senduk minyak masak

Cara-Caranya :
– Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga betul-betul masak.

– Masukkan gula dan sos cili, masak guna api sederhana perlahan hingga likat dan agak pekat, bila dah nampak berbuih-buih.

– Masukkan popia dan kacau hingga rata, pastikan sambal menyaluti semua popia,  terus tutup api dan letak dlm talam.

– Pastikan popia tidak bertindih/ bertindan supaya popia tetap ranggup.

– Sejukkan di bawah atau di depan kipas.

Tambahan: 

– Untuk kekalkan keranggupan, boleh juga tabur sedikit bawang goreng pada popia yg dah siap disira

– Nak letak bijan yang da disangan pun boleh, sos popia juga bleh disimpan dalam bekas bertutup jika tak nak sira, goreng popia hingga garing, toskan dan sapu jer sos pada popia.

– Tabur bawang goreng.

Rujukan Resipi :

– Mariana Zainal

Share² lah yerr..

Leave a Comment