Resepi Paprik Ayam Ala Thai Paling Simple Dan Sedap

Ini adala cara dan resepi paprik ayam versi citarasa thai a.k.a thailand ataupun siam, nak cuba buat sendiri boleh tengok dibawah.

Cara Buat Paprik Ayam Thai

Cara Buat Paprik Ayam Thai

Masakan paprik memang sedap, tidak kiralah jika anda masak dengan ayam ataupun daging. Lebih sedap lagi jika anda memasak paprik ala Thai. Lebih pedas, manis dan mantap. 

Paprik Ayam dalam bahasa thai desebut sebagai “Gai Pad Rik” yang membawa maksud GAI = Ayam, PAD = Goreng, PRIK = Cili. diolah-olah jadilah paprik.

Anda perlu menyediakan beberapa benda sebelum mula memasak paprik ayam ala thai ini.  Di sini kami telah menyenaraikan beberapa bahan dan cara memasak resepi ini. 

Bahan-Bahan:
– 2 keping dada ayam – hiris nipis
– 4 biji cili padi – diketuk
– 2 sudu makan cili kering kisar
– 2 helai daun limau purut
– 2 ulas bawang merah – dihiris
– 2 ulas bawang putih dihiris
– 1 biji cili merah – dihiris serong
– 2 sudu makan sos cili
– 2 sudu makan sos tomato
– 1 sudu makan sos tiram
– 1/2 inci halia – hiris halus
– 1/2 labu bawang besar – hiris memanjang
– 1/2 cawan air
– Sedikit garam
– Sedikit kicap manis

Bahan Sayuran

– 2 biji putik jagung – dihiris
– 2 tangkai kacang polong – dihiris pendek
– Bunga kobis – dipotong kecil
– 1/2 biji karot – dihiris memanjang

Cara Memasak Ayam Masak Paprik

#1: Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.

#2: Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

#3: Masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

#4: Masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.

#5: Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaappp!

Rujukan Resipi : 

– Ketuk-Ketuk Ramadan

Share² lah yerr..