Resepi Pajeri Nenas Utara Paling Sedap & Simple

Ini adalah cara dan resepi pajeri nenas versi utara sedap pekat dan simple look, boleh cuba try buat dengan ikuti langkah dibawah

Cara Buat Pajeri Nenas Utara

Cara Buat Pajeri Nenas Utara

Pajeri Nenas ini merupakan masakkan yang amat popular di bahagian utara Malaysia. Ada juga versi kelantan & terengganu. Terdapat pelbagai jenis pajeri yang anda boleh cuba masak. Ini adalah pajeri nenas dan ia adalah salah satu masakan pajeri yang paling kerap dimasak.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Pajeri nenas tanpa santan
Bahan A (menumis )
* bawang besar 1/2 biji
* bawang putih 2ulas
* halia
* bunga lawang 2
* kulit kayu manis 1btg

Bahan B (dikisar )
* bawang besar 2 biji
* bawang putih 3 ulas
* halia
* udang kering

Bahan C
* rempah kari daging 2 sudu mkn

Bahan D
* kerisik 2 sudu makan
* garam 1 sudu kecil
* serbuk perasa 1 sudu kecil
* gula putih 4 sudu makan
* gula merah 1 sudu makan

Bahan E
* buah nenas yang siap dipotong dan direbus.

Cara memasak :-
– Panaskan minyak kemudian masukk bahan A. Tumis sehingga garing.
– Apabila garing masukkan bahan B. Kacau dan biar dalam 3 minit, masuk pula bahan C. Biar sehingga betul-betul pecah minyak.
– Rempah dah masak boleh masukk air dalam 1/2 cawan.
– Kemudian masukk bahan D dan E.
– Biar seketika dan tggu semua bahan sebati.
– Rasa semua dah ok boleh tutup api dan dihidang bersama nasi panas-panas
– Selamat mencuba dan kalau ada silap saya mohon maaf

Rujukan :

– Arieza Rieza

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of