Resepi Otak-Otak Ikan Padu Sedap Untuk Disantap

Peminat otak otak kalau nak try buat sendiri boleh cuba cara dan resepi yang ditujukkan di bawah ini.

Cara Buat Otak Otak Ikan Simple

Cara Buat Otak Otak Ikan Simple

Otak-otak adalah sejenis masakan yang diperbuat dari daging ikan yang dikisar dan dicampuri kanji ubi. Ia terkenal di seluruh benua Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Indonesia dan Singapore. Ia dihidangkan panas dan dibungkus di dalam daun pisang. Ia selalunya dimakan sebagai makanan ringan.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat otak-otak.

Bahan-Bahan

– Setengah kilo ikan tengiri/kembung/sardin
– 1 biji bawang besar
– 3 biji bawang putih
– 1 inci halia
– 1 sudu ketumbar
– 3 batang serai
– 3 biji buah keras
– 3 sudu cili kering/serbuk cili
– 1 cawan santan
– 1/2 cawan tepung jagung
– Sedikit lada hitam
– Kisar semua bahan2 kecuali tepung jagung.

Cara-Cara:

– Mula-mula,ambil isi ikan, kisar/tumbuk isi ikan tadi, ikan mentah ye x perlu rebus. asingkan.

– Panaskan minyak. Tumis semua bahan-bahan yang dikisar sampai naik bau.

– Masukkan tepung jagung yg dah dibancuh dgn santan, Kacau sampai pekat.

– Sejukkan, Kemudian masukkan isi ikan, Gaul rata, tambah garam,serbuk perasa dan – gula. 

– Boleh balut dalam daun kelapa atau daun pisang, kemudian bakar sampai masak. Siap.

Rujukan Resipi :

– Murni Rahmat

Share² lah yerr..

Leave a Comment